KERATAN AKHBAR-KESEDARAN TERHADAP KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA PERLU DITINGKATKAN!

KOTA BAHARU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKPM) kini sedang berusaha meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap kemalangan di tempat kerja.Ketua Pengarahnya, Datuk Ir Dr Johari Basri berkata walaupun sudah ada kesedaran dalam kalangan mereka tetapi usaha ke arah itu perlu ditingkatkan kerana masih banyak kemalangan di tempat kerja berlaku di seluruh negara.“Sikap tidak mengambil berat tentang menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja menyebabkan kadar kemalangan di tempat kerja terus meningkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan 2012 anjuran JKKPM peringkat Negeri di sini semalam.Seramai 250 peserta membabitkan wakil jabatan, agensi kerajaan dan swasta serta kilang menyertai seminar sehari itu.Dr Johari kesal kerana ada pekerja yang tidak mengindahkan peraturan yang ditetapkan majikan ketika bekerja seperti pemakaian topi, jaket dan kasut keselamatan di kawasan kilang atau projek pembinaan.Menurutnya JKKPM sebagai peneraju kepada keselamatan dan kesihatan negara terus komited melaksanakan tiga tanggungjawab utama iaitu penyediaan standard, penguatkuasaan dan promosi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sentiasa terjamin.Katanya, 75 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan berlaku di Kelantan dari Januari hingga 16 Oktober lalu berbanding 96 kes berlaku sepanjang tahun lepas dan 74 kes pada 2010.Beliau berkata, kemalangan di tempat kerja yang berlaku di Kelantan adalah melibatkan tiga sektor utama iaitu pertanian, perkilangan dan pembalakan.Katanya, jumlah mereka yang membuat laporan kemalangan di tempat kerja kepada PERKESO lebih tinggi berbanding jabatannya kerana kebanyakan mangsa atau pekerja ingin membuat tuntutan dan pampasan daripada pertubuhan itu.
Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, majikan dan pekerja perlu menjalin kerjasama baik bagi memastikan sebarang kemalangan dapat dihindarkan dan produktiviti organisasi dapat dimaksimumkan. — Bernama

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

PERANAN MAJIKAN DALAM PENCEGAHAN KEMALANGAN

Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan:

  •  pengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  •  sikap
  •  komitmen
  •  harapan
  • peruntukan yang dilaburkan

Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

  • Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara  bertulis    mengenai dasar am mengenai keselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan, langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi organisasi yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih.
  • Menggaji atau melantik seorang pegawai yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi organisasi tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997, atau apabila diarahkan oleh Ketua Pengarah,     Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Menyediakan maklumat, arahan dan penyeliaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin.
  • Menyedia dan menyelenggara tempat dan sistem kerja supaya selamat dan sihat.
  •  Mengatur perolehan, penggunaan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan bahan-bahan secara selamat.
  • Menyediakan kemudahan kebajikan kepada pekerja seperti bilik rehat pekerja, tempat makan yang sesuai dan kemudahan kecemasan.
  •  Mengadakan pengawasan (surveillance) perubatan untuk pekerja yang terdedah kepada hazard tertentu di tempat kerja.
  • Mengadakan latihan induksi dan latihan dalam perkhidmatan dari masa ke semasa.
  • Melaporkan kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan kepada pihak yang berwajib.
  • Menyediakan rekod-rekod keselamatan dan kesihatan.
  • Membekalkan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang sesuai dan berkesan.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

LANGKAH PERTAMA DALAM PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM PEKERJAAN

PERSEDIAAN PERMULAAN
Komitmen yang serius terhadap keselamatan dan kesihatan bermula dengan mengenalpasti segala perkara yang mempunyai potensi menyebabkan kecederaan atau memudaratkan kesihatan. Untuk ini berlaku, anda seharusnya perlu mengetahui jenis bahaya yang terdapat di tempat kerja anda.
• Bahaya fizikal, seperti jatuh dari ketinggian, elektrik, pengendalian manual, bunyi, suhu
terlampau sejuk /panas atau pengudaraan.
• Bahaya berkaitan dengan operasi loji, seperti yang mungkin berakibat daripada proses
pemotongan, pengisaran, penekanan atau penggilingan
• Kesan biologikal/kesihatan, seperti Penyakit ‘Legionnaire’ ( berpunca daripada kegagalan
menyelenggara menara penyejukkan).
• Bahaya pemancaran sinar seperti cahaya pengimpalan
• Kesan psikologikal, seperti keletihan, kelesuan dan tekanan.( Latihan atau penyeliaan     yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan tekanan)

• Bahaya ergonomik, seperti mengangkat beban atau menggerakkan objek-objek yang       berat,atau ketinggian dan kedudukan kerusi dan meja di tempat kerja.

MENGENALPASTI BAHAYA
Unuk mengenalpasti bahaya keselamatan dan kesihatan, kita harus bekerjasama dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan berikut:
1. Rancangkan ‘pemeriksaan semasa berjalan’ di tempat kerja anda.
2. Senaraikan segala tugasan/aktiviti yang berlansung di tempat kerja anda. Kemudian,
ringkaskannya kepada langkah-langkah bersiri dan bersusun untuk membolehkan anda
mengenalpasti sebarang bahaya yang sedia ada.
3. Perhatikan cara atau kaedah aktiviti-aktiviti tersebut berinteraksi untuk mewujudkan sesuatu bahaya.
4. Catitkan segala bahaya yang dikenalpasti .
5. Teliti dan semak semula rekod insiden kemalangan dan kecederaan yang lalu di tempat
kerja anda.
6. Teliti sebarang maklumat yang disediakan oleh para pengilang atau pembekal, contohnya bahan-bahan spesifik loji, alat atau bahan kimia.
7. Adakan perbincangan dengan para pekerja yang bekerja di perniagaan atau industri yang sama dengan anda.
8. Rujuk kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA – APA YANG PATUT DI TELITI
Pemeriksaan tempat kerja merupakan satu cara yang baik untuk mengenalpasti bahaya dan perkara-perkara spesifik berkaitan dengan aktiviti serta persekitaran tempat kerja anda. Anda boleh samaada menyediakan senarai semakan pemeriksaan anda yang merangkumi segala kawasan kerja dan aktiviti yang dijalani di tempat kerja anda.
Beberapa butir yang anda boleh berikan tumpuan semasa menjalani pemeriksaan di tempat kerja anda adalah seperti berikut :
• Kebersihan – lantai, tempat kerja, tangga, laluan atau lorong
• Kemudahan dan Pertolongan cemas – peralatan pertolongan cemas, pembekalan air
minuman, bilik air dan tandas yang bersesuaian.
• Keselamatan kecemasan dan kebakaran – pintu masuk dan keluar, peralatan melawan
kebakaran, sistem penggera.
• Loji dan peralatan – bahaya yang diakibatkan oleh pemotongan, penghancuran atau
perangkapan dan keadaan kerja tidak selamat yang disebabkan oleh kandungan
bertekanan tinggi, bahan-bahan berterbangan, bunyi, suhu terlampau panas atau sejuk.
• Bahaya kimia – peralatan/ kelengkapan perlindungan peribadi, pengudaraan, label, bekas,penyimpanan, petanda dan risalah data keselamatan bahan.
• Elektrik – alat pengawal sisa arus, keadaan dan lokasi kabel, soket, plag dan suis,
label/ kunci.
• Ergonomik dan pengendalian manual – pelan kawasan kerja, ketinggian meja dan tempat
kerja, tempat duduk, aktiviti yang melibatkan angkat beban, memindah, menjangkau,
menganjur dan pergerakan berulang.
• Pemagaran jentera – penghadang, memagar komponen mesin yang bergerak.
Bahaya di tempat kerja anda boleh berubah dari masa ke semasa dan pemeriksaan harus dibuat pada masa-masa yang berpatutan. Perhatian yang bersungguh-sungguh harus diberikan semasa kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan atau pembaikian terhadap loji atau peralatan dibuat. Pastikan penyeliaan dan pemantauanstaf yang baru atau yang tidak berpengalaman dilaksanakan
setiap masa.

MENILAI RISIKO
Untuk mengendalikan penilaian risiko yang asas, ikutilah empat langkah-langkah seperti berikut:
1. Kumpulkan maklumat setiap bahaya yang anda kenalpasti.
2. Taksirkan kemungkinan sesuatu kemalangan atau insiden itu boleh berlaku. Anda harus
mengambil kira bilangan orang yang mungkin akan didedahkan kepada setiap bahaya dan
jangka masa pendedahan tersebut.
Anda harus mengambil kira keadaan/situasi yang berlainan yang mungkin wujud di
tempat kerja anda yang dapat menambahkan risiko seperti perubahan kepada operasi,
pemeriksaan, pembersihan, penyelenggaraan, pembaikian serta kehadiran kakitangan
yang baru mahu pun yang tidak berpengalaman.
3. Taksirkan akibat atau kesan risiko tersebut. Gunakan maklumat yang anda kumpulkan itu untuk menilai potensi berlakunya setiap bahaya yang dikenalpasti, contohnya manusia
boleh:
• meninggal dunia
• mengalami kecederaan besar ( dengan kesan jangka masa yang panjang dan
ketara)
• mengalami kecederaan ringan ( bisanya melibatkan cuti selama beberapa hari) atau
• mengalami kecederaan yang tidak signifikan ( mungkin memerlukan rawatan bantu
mula sahaja)
4. Nilaikan risiko tersebut mengikut skala risiko tinggi,sederhana atau rendah.

MENGAWAL RISIKO
Ambil tindakan untuk mengawal risiko yang anda telah nilaikan, bermula dengan perkara yang mempunyai nilai risiko yang tertinggi. Dalam menentukan jenis kawalan yang perlu diamalkan, mulailah dengan mencuba menghapuskan bahaya itu sama sekali.. Seandainya ini tidak pratikal, pilihlah opsyen berikut bermula dari atas ke
bawah sepertimana yang dijelaskan di bawah.
Tahap 1 – Hapuskan bahaya tersebut
Sebagai contoh, jika anda menggunakan sejenis bahan pelarut yang boleh membawa mudarat kepada kesihatan untuk membersihkan minyak daripada komponen-komponen yang dihasilkan oleh mesin pemeras, penghapusan penggunaan minyak dapat membawa kepada penghapusan penggunaan pelarut tersebut.
Tahap 2 – Kurangkan risiko bahaya tersebut.
Contoh-contoh dan cara-cara mengamalkan langkah ini termasuklah:
• Penggantian – gunakan pelarut yang tidak mudah terbakar sebagai ganti kepada pelarut
yang mudah terbakar.
• Pengubahsuaian – pasang sistem perlindungan yang dapat menahan kecederaan kepada operator semasa bergolek dan tali pinggang keledar pada traktor.
• Pengasingan – alihkan mesin yang berbunyi ke suatu tempat yang bersesuaian.
• Kawalan kejuruteraan – pasang suis potongan yang dapat memberhentikan pengaliran arus elektrik, penapis dan pemagaran.

Tahap 3 – Pastikan amalan kerja yang selamat dan bekalkan alat perlindungan peribadi jika perlu Contoh dan cara melaksanakan perkara ini adalah dengan menyediakan latihan dalam aspek bahaya/risiko, perkenalkan prosidur label/kunci, dan sediakan kelengkapan atau pakaian perlindungan. Kelengkapan /pakaian perlindungan haruslah dijadikan opsyen yang terakhir.

LATIHAN DAN PENYELIAAN
Anda bertanggung jawab memastikan bahawa semua kakitangan anda mempunyai kemahiran,pengetahuan dan pengalaman untuk membolehkan mereka menjalani aktiviti dengan selamat. Anda perlu menyediakan latihan induksi keselamatan bila mereka melapor diri. Periksa sama ada mereka memerlukan latihan formal atau pun latihan-semasa-kerja dan pastikan sebarang kakitangan yang baru atau tidak berkemahiran itu di selia setiap masa.

MENDAPAT NASIHAT PAKAR
Anda mungkin rasa bahawa anda memerlukan khidmat nasihat pakar daripada konsultan
keselamatan dan kesihatan. ( berhubung sesuatu perkara di tempat kerja anda). Sebelum anda menghubungi sesiapa pun, pastikan anda ketahui dengan jelas apa yang hendak mereka mencapai. Sekiranya bantuan luaran dipanggil, ikutilah langkah-langkah dan proses sepertimana yang tertera di dalam panduan ini agar kos perniagaan dikurangkan dan kerja konsultan dapat dipermudahkan. Ini bermakna bahawa anda telah pun mengenalpasti bahaya keselamatan dan kesihatan dan telah pun mencari jalan penyelesaian. Apa yang anda kehendaki konsultan itu mencapai ialah mencari
jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh anda dan
kakitangan yang lain.

SENAMAN RINGKAS UNTUK KITA SEMUA!!

Ketika anda menghadap kerja yang begitu bayak dan membuat anda terlalu sibuk, ada baiknya anda meluangkan masa beberapa minit untuk meregangkan badan. Regangan badan ini dipercayai mampu membuat stress anda terhadap kerja berkurang sedikit. Disamping itu juga, ia mampu membantu melancarkan pergerakan darah dalam badan seterusnya membantu membekalkan oksigen ke seluruh badan dan mengurangkan rasa mengantuk anda. Berikut adalah beberapa langkah atau cara regangan badan yang sesuai bagi kita yang mana setiap 1 cara ini ada tujuan tertentunya. Cuba sendiri dan alami kelebihan dan keberkesanannya. Anda pasti suka!!

Regangan Ringkas Badan

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

POSTUR DAN KOMPONEN KESELESAAN SEMASA BEKERJA MELIBATKAN PENGGUNAAN KOMPUTER

Ramai di antara kita menganggap bahawa cara duduk atau postur badan semasa bekerja berdepan komputer adalah kurang penting dan inaya agak remeh untuk kita ambil peduli dan difikirkan. Tetapi tahukah anda bahawa postur duduk yang betul semasa bekerja berdepan komputer ini adalah amat penting?? Seringkali kita mendengar keluhan dikalangan rakan-rakan sekerja kita berkenaan sakit belakang,sakit pergelangan kaki dan tangan. Ada juga yang seringkali mengadu sakit mata dan agak keletihan selepas atau semasa bekerja..ada beberapa faktor yang menyumbang kepada keluhan ini dan salah satunya adalah berkenaan cara duduk atau postur yang salah semasa bekerja. Postur yang kurang baik boleh menyebabkan sakit belakang,sakit pergelangan kaki dan tangan dan juga meningkatkan keletihan mata seterusnya menambah tahap kerabunan seseorang akibat radiasi skrin komputer yang digunakan. Berikut adalah sedikit panduan bergambar berkenaan postur yang betul yang mampu mengelakkan masalah di atas dari berlaku..Marilah kita mengamalkan dan praktikan cara ini untuk keselesaan kita bersama!!.Anda cuba anda rasakan dan sukainya!!

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

ERGONOMIC

Ergonomics:

Ergonomics is the science of designing the job to fit the worker, rather than physically forcing the worker’s body to fit the job.

Adapting tasks, work stations, tools, and equipment to fit the worker can help reduce physical stress on a worker’s body and eliminate many potentially serious, disabling work related musculoskeletal disorders (MSDs). Ergonomics draws on a number of
scientific disciplines, including physiology, biomechanics, psychology, anthropometry,industrial hygiene, and kinesiology.

Who needs to know this??

You need to know about ergonomics if you are an employer or an employee in the manufacturing,construction, maritime, and agricultural industries and you or your employees’work activities and job conditions include:

•Repeating the same motion throughout your workday
•Working in awkward or stationary positions
•Lifting heavy or awkward items
•Using excessive force to perform tasks
•Being exposed to excessive vibration or
•Extreme temperatures.

Why it is important?

If work tasks and equipment do not include ergonomic principles in their design,
workers may have exposure to undue physical stress, strain, and overexertion, including vibration, awkward postures, forceful exertions, repetitive motion, and heavy lifting. Recognizing ergonomic risk factors in the workplace is an essential first step in correcting hazards and improving worker protection.

What are MSDs?

MSDs, or musculoskeletal disorders, are injuries and disorders of the soft tissues (muscles, tendons, ligaments, joints, and cartilage) and nervous system. They can affect nearly all tissues, including the nerves and tendon sheaths, and most frequently involve the arms and back.

MSDs can cause a number of conditions,including pain, numbness, tingling, stiff joints,difficulty moving, muscle loss, and sometimes paralysis. Frequently, workers must lose time from work to recover; some never regain full health. These disorders include carpal tunnel syndrome, tendinitis, sciatica, herniated discs, and low back pain.

MSD Risk Factors
• Force
• Repetition
• Awkward postures
• Static postures
• Quick motions
• Compression or contact stress
• Vibration
• Cold temperatures

How do We know if we have an MSD?
we could have a work-related MSD if we experience any of the following:
•Numbness in fingers
•Numbness in thighs,
•Difficulty moving finger,
•Stiff joints, or
•Back pain.

What can you do to detect and prevent ergonomic hazards at your workplace?

MSDs are often easy to prevent. If you are an employer whose workplace poses ergonomic risk factors or whose workers report MSDs, you can address this problem by:

•Establishing an ergonomics program, and
•Providing and encouraging employees to participate in the ergonomics program and in decisions affecting their safety and health.

If you are an employee who is exposed to ergonomic risk factors, you should:
•Participate in your employer’s ergonomics program; and
•Provide feedback to supervisors and employers through available channels, such as an established employee safety and health committee.

Effective ergonomic programs should include the following elements:
•Management commitment and employee participation,
•Job hazard analysis,
•Controlling ergonomic risk,
•MSD management, and
•Training and education.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

AWAS!! LETUPAN DAN KEBAKARAN DI KILANG BIOTEKNOLOGI!

Letupan Dan Kebakaran Di Kilang Bioteknologi

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita berkenaan berlakunya satu kejadian letupan dan kebakaran di sebuah kilang bioteknologi. Kemalangan berlaku di dalam woksyop memproses produk pemanis. Kemalangan ini berlaku ketika pekerja pengeluaran sedang menuang serbuk produk pemanis ke dalam sebuah reaktor yang berisi ethanol. Ketika itu, api muncul dari dalam reaktor, menyambar pekerja yang berada berdekatan seterusnya menghasilkan satu letupan. Letupan tersebut menyebabkan kerosakan teruk kepada woksyop tersebut terutamanya siling dan dinding. Kemalangan ini menyebabkan seorang pekerja cedera parah manakala 3 pekerja lain cedera.Berikut merupakan beberapa gambar mengenai kejadian.

Siling rosak teruk akibat letupan

Keadaan reaktor selepas insiden

Beberapa cadangan dikemukakan untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang
1. Hazard and operability studies (HAZOP) mestilah dilakukan ke atas sistem proses yang melibatkan percampuran antara bahan serbuk (bersaiz kurang dari 420 mikron diameter) dan cecair mudah terbakar sebelum proses pengeluaran dimulakan.
2. Majikan hendaklah membekalkan pekerja peralatan perlindungan diri yang sesuai seperti baju kalis api dan elektrostatik, respirator dan sarung tangan untuk mengelakkan dari cas elektrostatik dan terhidu gas toksik.
3. Majikan hendaklah memastikan pekerja memakai peralatan peralatan perlindungan diri yang sesuai ketika kerja penyenggaraan.
4. Satu sistem memasukkan produk dari serbuk halus bersaiz kurang dari 420 mikron diameter ke dalam reaktor yang berisi ethanol hendaklah direkabentuk dengan selamat bagi mengelakkan pekerja tersentuh dengan aktiviti yang boleh mendatangkan hazad. Di samping itu, pekerja adalah dilarang dari menjalankan aktiviti menuang sendiri serbuk halus ke dalam reaktor yang berisi cecair ethanol.
5. Setiap aktiviti proses pengeluaran mestilah dikawal selia oleh seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terlatih terutamanya dalam mengenalpasti hazad kebakaran dan letupan yang boleh terhasil dari aktiviti proses pengeluaran.

Rujukan
» http://en.wikipedia.org/wiki/Electrostatic_discharge

» http://www.esda.org/

» http://www.esdjournal.com/

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

 

DEFINISI PENYAKIT PEKERJAAN

DEFINISI PENYAKIT PEKERJAAN
Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang disebabkan atau berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di tempat kerja.
JENIS-JENIS PENYAKIT PEKERJAAN MENGIKUT ORGAN SASARAN
i. Penyakit Paru Paru Pekerjaan vii. Penyakit Berkaitan Bangunan
ii. Penyakit Kulit Pekerjaan viii. Penyakit Hati
iii. Penyakit Otot Rangka ix. Penyakit Ginjal
iv. Penyakit Sistem Kardiovaskular x. Penyakit Psikiatri / Gangguan Kesihatan Mental
v. Penyakit Sistem Pembiakan xi. Penyakit Kanser Pekerjaan
vi. Penyakit Sistem Saraf Pusat
JENIS-JENIS PENYAKIT PEKERJAAN MENGIKUT AGEN PENYEBAB
i. Logam vi. Gegaran
ii. Gas vii. Suhu
iii. Pelarut viii. Radiasi
iv. Racun Serangga / herba /
roden / kulat
ix. Tekanan (Hiperbarik dan hipobarik)
v. Hilang Pendengaran Akibat
Kebisingan
x. Agen berjangkit / Penyakit Pekerjaan Berjangkit
JENIS-JENIS HAZAD PEKERJAAN
i. Hazad fizikal
a. Suhu terlampau sejuk/panas e. Elektrikal
b. Mekanikal f. Radiasi
c. Gegaran g. Tekanan rendah/tinggi
d. Kebisingan h. Pencahayaan
ii. Hazad kimia
a. Asid / alkali d. Gas anastasia
b. Pelarut e. Ubat sitotoksik
c. Bahan disinfeksi
iii. Hazad biologikal
a. Virus d. Kulat
b. Bakteria e. Plasmodium
c. Protozoa
ii. Hazad kimia
a. Asid / alkali d. Gas anastasia
b. Pelarut e. Ubat sitotoksik
c. Bahan disinfeksi
iv. Hazad ergonomik
a. Pergerakan berulang d. Kecederaan otot rangka
b. Tiada pergerakan e. Unit Paparan Visual
c. Mengangkat beban
v. Hazad Psikososial
a. Stress pekerjaan c. Ketagihan dadah / ubat
b. Depresi, kerisauan d. Penderaan seksual
FUNGSI SEKSYEN KESIHATAN PEKERJAAN
1. Memantau pemberitahuan penyakit dan keracunan pekerjaan yang di laporkan.
2. Memantau aktiviti penyiasatan penyakit pekerjaan oleh negeri-negeri.
3. Menganalisa data penyakit dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan keracunan pekerjaan.
4. Merancang dan melaksana dan memantau program pengawasan kesihatan warga JKKP.
5. Memberi input kepakaran dalam penggubalan dasar kesihatan pekerjaan.
6. Memberi khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi-agensi luar, pengamal kesihatan dan orang-ramai.
FUNGSI SEKSYEN PENGIKTIRAFAN
1. Mendaftar Doktor Kesihatan Pekerjaan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
2. Memantau aktiviti survelan kesihatan/perubatan Doktor Kesihatan Pekerjaan.
3. Menjalankan kajian dan pembangunan berkaitan dengan tugas-tugas Doktor Kesihatan Pekerjaan.
 

4.

Merancang keperluan program pendidikan berterusan untuk Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Jururawat Kesihatan Pekerjaan yang bertugas di bawah JKKP.