LANGKAH PERTAMA DALAM PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM PEKERJAAN

PERSEDIAAN PERMULAAN
Komitmen yang serius terhadap keselamatan dan kesihatan bermula dengan mengenalpasti segala perkara yang mempunyai potensi menyebabkan kecederaan atau memudaratkan kesihatan. Untuk ini berlaku, anda seharusnya perlu mengetahui jenis bahaya yang terdapat di tempat kerja anda.
• Bahaya fizikal, seperti jatuh dari ketinggian, elektrik, pengendalian manual, bunyi, suhu
terlampau sejuk /panas atau pengudaraan.
• Bahaya berkaitan dengan operasi loji, seperti yang mungkin berakibat daripada proses
pemotongan, pengisaran, penekanan atau penggilingan
• Kesan biologikal/kesihatan, seperti Penyakit ‘Legionnaire’ ( berpunca daripada kegagalan
menyelenggara menara penyejukkan).
• Bahaya pemancaran sinar seperti cahaya pengimpalan
• Kesan psikologikal, seperti keletihan, kelesuan dan tekanan.( Latihan atau penyeliaan     yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan tekanan)

• Bahaya ergonomik, seperti mengangkat beban atau menggerakkan objek-objek yang       berat,atau ketinggian dan kedudukan kerusi dan meja di tempat kerja.

MENGENALPASTI BAHAYA
Unuk mengenalpasti bahaya keselamatan dan kesihatan, kita harus bekerjasama dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan berikut:
1. Rancangkan ‘pemeriksaan semasa berjalan’ di tempat kerja anda.
2. Senaraikan segala tugasan/aktiviti yang berlansung di tempat kerja anda. Kemudian,
ringkaskannya kepada langkah-langkah bersiri dan bersusun untuk membolehkan anda
mengenalpasti sebarang bahaya yang sedia ada.
3. Perhatikan cara atau kaedah aktiviti-aktiviti tersebut berinteraksi untuk mewujudkan sesuatu bahaya.
4. Catitkan segala bahaya yang dikenalpasti .
5. Teliti dan semak semula rekod insiden kemalangan dan kecederaan yang lalu di tempat
kerja anda.
6. Teliti sebarang maklumat yang disediakan oleh para pengilang atau pembekal, contohnya bahan-bahan spesifik loji, alat atau bahan kimia.
7. Adakan perbincangan dengan para pekerja yang bekerja di perniagaan atau industri yang sama dengan anda.
8. Rujuk kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA – APA YANG PATUT DI TELITI
Pemeriksaan tempat kerja merupakan satu cara yang baik untuk mengenalpasti bahaya dan perkara-perkara spesifik berkaitan dengan aktiviti serta persekitaran tempat kerja anda. Anda boleh samaada menyediakan senarai semakan pemeriksaan anda yang merangkumi segala kawasan kerja dan aktiviti yang dijalani di tempat kerja anda.
Beberapa butir yang anda boleh berikan tumpuan semasa menjalani pemeriksaan di tempat kerja anda adalah seperti berikut :
• Kebersihan – lantai, tempat kerja, tangga, laluan atau lorong
• Kemudahan dan Pertolongan cemas – peralatan pertolongan cemas, pembekalan air
minuman, bilik air dan tandas yang bersesuaian.
• Keselamatan kecemasan dan kebakaran – pintu masuk dan keluar, peralatan melawan
kebakaran, sistem penggera.
• Loji dan peralatan – bahaya yang diakibatkan oleh pemotongan, penghancuran atau
perangkapan dan keadaan kerja tidak selamat yang disebabkan oleh kandungan
bertekanan tinggi, bahan-bahan berterbangan, bunyi, suhu terlampau panas atau sejuk.
• Bahaya kimia – peralatan/ kelengkapan perlindungan peribadi, pengudaraan, label, bekas,penyimpanan, petanda dan risalah data keselamatan bahan.
• Elektrik – alat pengawal sisa arus, keadaan dan lokasi kabel, soket, plag dan suis,
label/ kunci.
• Ergonomik dan pengendalian manual – pelan kawasan kerja, ketinggian meja dan tempat
kerja, tempat duduk, aktiviti yang melibatkan angkat beban, memindah, menjangkau,
menganjur dan pergerakan berulang.
• Pemagaran jentera – penghadang, memagar komponen mesin yang bergerak.
Bahaya di tempat kerja anda boleh berubah dari masa ke semasa dan pemeriksaan harus dibuat pada masa-masa yang berpatutan. Perhatian yang bersungguh-sungguh harus diberikan semasa kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan atau pembaikian terhadap loji atau peralatan dibuat. Pastikan penyeliaan dan pemantauanstaf yang baru atau yang tidak berpengalaman dilaksanakan
setiap masa.

MENILAI RISIKO
Untuk mengendalikan penilaian risiko yang asas, ikutilah empat langkah-langkah seperti berikut:
1. Kumpulkan maklumat setiap bahaya yang anda kenalpasti.
2. Taksirkan kemungkinan sesuatu kemalangan atau insiden itu boleh berlaku. Anda harus
mengambil kira bilangan orang yang mungkin akan didedahkan kepada setiap bahaya dan
jangka masa pendedahan tersebut.
Anda harus mengambil kira keadaan/situasi yang berlainan yang mungkin wujud di
tempat kerja anda yang dapat menambahkan risiko seperti perubahan kepada operasi,
pemeriksaan, pembersihan, penyelenggaraan, pembaikian serta kehadiran kakitangan
yang baru mahu pun yang tidak berpengalaman.
3. Taksirkan akibat atau kesan risiko tersebut. Gunakan maklumat yang anda kumpulkan itu untuk menilai potensi berlakunya setiap bahaya yang dikenalpasti, contohnya manusia
boleh:
• meninggal dunia
• mengalami kecederaan besar ( dengan kesan jangka masa yang panjang dan
ketara)
• mengalami kecederaan ringan ( bisanya melibatkan cuti selama beberapa hari) atau
• mengalami kecederaan yang tidak signifikan ( mungkin memerlukan rawatan bantu
mula sahaja)
4. Nilaikan risiko tersebut mengikut skala risiko tinggi,sederhana atau rendah.

MENGAWAL RISIKO
Ambil tindakan untuk mengawal risiko yang anda telah nilaikan, bermula dengan perkara yang mempunyai nilai risiko yang tertinggi. Dalam menentukan jenis kawalan yang perlu diamalkan, mulailah dengan mencuba menghapuskan bahaya itu sama sekali.. Seandainya ini tidak pratikal, pilihlah opsyen berikut bermula dari atas ke
bawah sepertimana yang dijelaskan di bawah.
Tahap 1 – Hapuskan bahaya tersebut
Sebagai contoh, jika anda menggunakan sejenis bahan pelarut yang boleh membawa mudarat kepada kesihatan untuk membersihkan minyak daripada komponen-komponen yang dihasilkan oleh mesin pemeras, penghapusan penggunaan minyak dapat membawa kepada penghapusan penggunaan pelarut tersebut.
Tahap 2 – Kurangkan risiko bahaya tersebut.
Contoh-contoh dan cara-cara mengamalkan langkah ini termasuklah:
• Penggantian – gunakan pelarut yang tidak mudah terbakar sebagai ganti kepada pelarut
yang mudah terbakar.
• Pengubahsuaian – pasang sistem perlindungan yang dapat menahan kecederaan kepada operator semasa bergolek dan tali pinggang keledar pada traktor.
• Pengasingan – alihkan mesin yang berbunyi ke suatu tempat yang bersesuaian.
• Kawalan kejuruteraan – pasang suis potongan yang dapat memberhentikan pengaliran arus elektrik, penapis dan pemagaran.

Tahap 3 – Pastikan amalan kerja yang selamat dan bekalkan alat perlindungan peribadi jika perlu Contoh dan cara melaksanakan perkara ini adalah dengan menyediakan latihan dalam aspek bahaya/risiko, perkenalkan prosidur label/kunci, dan sediakan kelengkapan atau pakaian perlindungan. Kelengkapan /pakaian perlindungan haruslah dijadikan opsyen yang terakhir.

LATIHAN DAN PENYELIAAN
Anda bertanggung jawab memastikan bahawa semua kakitangan anda mempunyai kemahiran,pengetahuan dan pengalaman untuk membolehkan mereka menjalani aktiviti dengan selamat. Anda perlu menyediakan latihan induksi keselamatan bila mereka melapor diri. Periksa sama ada mereka memerlukan latihan formal atau pun latihan-semasa-kerja dan pastikan sebarang kakitangan yang baru atau tidak berkemahiran itu di selia setiap masa.

MENDAPAT NASIHAT PAKAR
Anda mungkin rasa bahawa anda memerlukan khidmat nasihat pakar daripada konsultan
keselamatan dan kesihatan. ( berhubung sesuatu perkara di tempat kerja anda). Sebelum anda menghubungi sesiapa pun, pastikan anda ketahui dengan jelas apa yang hendak mereka mencapai. Sekiranya bantuan luaran dipanggil, ikutilah langkah-langkah dan proses sepertimana yang tertera di dalam panduan ini agar kos perniagaan dikurangkan dan kerja konsultan dapat dipermudahkan. Ini bermakna bahawa anda telah pun mengenalpasti bahaya keselamatan dan kesihatan dan telah pun mencari jalan penyelesaian. Apa yang anda kehendaki konsultan itu mencapai ialah mencari
jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh anda dan
kakitangan yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s