PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

PERANAN MAJIKAN DALAM PENCEGAHAN KEMALANGAN

Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan:

  •  pengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  •  sikap
  •  komitmen
  •  harapan
  • peruntukan yang dilaburkan

Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

  • Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara  bertulis    mengenai dasar am mengenai keselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan, langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi organisasi yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih.
  • Menggaji atau melantik seorang pegawai yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi organisasi tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997, atau apabila diarahkan oleh Ketua Pengarah,     Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Menyediakan maklumat, arahan dan penyeliaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin.
  • Menyedia dan menyelenggara tempat dan sistem kerja supaya selamat dan sihat.
  •  Mengatur perolehan, penggunaan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan bahan-bahan secara selamat.
  • Menyediakan kemudahan kebajikan kepada pekerja seperti bilik rehat pekerja, tempat makan yang sesuai dan kemudahan kecemasan.
  •  Mengadakan pengawasan (surveillance) perubatan untuk pekerja yang terdedah kepada hazard tertentu di tempat kerja.
  • Mengadakan latihan induksi dan latihan dalam perkhidmatan dari masa ke semasa.
  • Melaporkan kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan kepada pihak yang berwajib.
  • Menyediakan rekod-rekod keselamatan dan kesihatan.
  • Membekalkan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang sesuai dan berkesan.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s