KETAHUI DAN PERHATIKAN SIMBOL-SIMBOL INI!!

Setiap bahan kimia mempunyai sifat tersendiri dan dikelaskan mengikut pelbagai aspek antaranya bentuk bahan itu wujud sama ada cecair,gas dan juga pepejal. Setiap bahan kimia ini mempunyai tahap bahaya masing-masing. jika kita ingin mengambil langkah selamat semasa mengendalikan bahan-bahan kimia kita perlulah menganggap semua bahan kimia ini adalah berbahaya.Dengan cara ini kita mengendalikan bahan kimia tersebut secar berhati-hati. Setiap bahan kimia ini juga menpunyai simbol-simbol terhadap sifatnya. Simbol.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

SOME INFO WE HAVE TO KNOW ABOUT “FIRST-AID”

SOME INFO WE HAVE TO KNOW ABOUT “FIRST-AID”

DEFINITIONS RELATED TO FIRST-AID

1. First-aid. Means the provision of first-aid facilities, services and personnel required for the Initial treatment of persons suffering from injury or illness at a workplace.

2. First-aid facilities. Means

v a first-aid box;
v a first-aid room; and
v First-aid equipment, for example, oxygen equipment and a stretcher.

COMPONENTS OF WORKPLACE FIRST-AID FACILITIES

Major Components

There are three major components of workplace first-aid facilities, namely:
1. first-aider
2. first-aid box/first aid room
3. first-aid equipment/manual

First-aider

means a person who has successfully completed a first-aid course conducted by an institution recognised by the Ministry of Health and has been awarded with a certificate of proficiency in first-aid treatment;

Selection

An employer may, from time to time, recruit or select suitable persons to go for first-aid training. The employer should consider persons with the following qualities to be trained in first-aid treatment:

v mature and responsible
v remain calm in emergency
v free to leave their work immediately to respond to an emergency
v physically fit

Recognised Course

A person is considered as being trained if he successfully completes a first-aid course conducted by an institution recognised by the Ministry of Health and awarded with a certificate of proficiency in first-aid treatment at the end of the course.

RESPONSIBILITIES

Management of Casualty

The first-aider has an important role to play. In the management of an injured
worker or in a case of sudden collapse, he should:

v assess the situation without endangering his own life
v identify the injuries or recognize the sudden collapse
v give immediate first-aid treatment,
v recognize the priority of administration of first-aid treatment to the more seriously injured
v Arrange without delay for the injured worker(s) to be sent to a doctor, hospital or home

Maintenance of Treatment Record

A record of the casualty and treatment given by the first-aider should be made.These record must be kept by the employer for a period of five years.A record may include information on:

v the immediate treatment;
v details about the incident/accident
v details about the injury or work-related illness;

Responsibilities for Maintenance of First-Aid Facilities

The first-aider is responsible for maintaining the first-aid box.
He should ensure that only first-aid equipment is kept inside the box.
He should check them periodically and ensure that the contents of the
box are regularly replenished.

FIRST-AID BOX

Design

First-aid boxes should be made of sturdy material and be portable so that it can be taken to the site of an incident. The boxes should also be clearly marked with a green crescent on a white background.

Location
Each first-aid box should be placed in a clearly identifiable, well illuminated and accessible location. Where a workplace covers a large area, an adequate number of first-aid boxes should be provided. The box must be kept locked and the key thereto kept by a responsible person available during all working hours. The employees should be informed of the location of all first-aid boxes.

Contents
First-aid boxes should contain a sufficient quantity of suitable first-aid materials. They should not contain materials other than those required for first-aid treatment. It is essential that first-aid boxes be checked frequently so as to make sure they are fully equipped and all items are usable. Materials used should be replaced as soon as possible.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

 

LALUAN KECEMASAN KETIKA ANDA BERADA DI BANGUNAN PPBK KKIP

Apabila berlakunya kecemasan yang melibatkan keselamatan dan memerlukan tindakan yang segera kadang kala kita akan merasa panik dan tidak mampu berfikir apatah lagi bertindak dan melakukan sesuatu untuk keselamatan diri dan orang lain. Contohnya semasa berlakunya sesebuah kebakaran. Apa yang perlu kita ketahui dan perhatikan semasa berada di sesebuah bangunan atau tempat di mana kita bekerja ialah laluan-laluan kecemasan dan memperhatikan bunyi kecemasan. Semasa berlakunya kebakaran, kita dinasihatkan agar tida panik dan mengikuti laluan kecemasan yang ada di bangunan terlibat. Penggunaan lif semasa kebakaran adalah dilarang sama sekali!!. Di PPBK KKIP ini juga, kita mempunyai laluan-laluan kecemasan di setiap tingkat. Berikut adalah pelan-pelan laluan kecemasan untuk kita ketahui dan perhatikan semasa berada di pusat ini.

Pelan laluan kecemasan aras bawah

Pelan Laluan Kecemasan aras satu

Pelan Laluan kecemasan aras dua

NOTA: Anak panah berwarna merah menunjukkan laluan untuk keluar dari bangunan.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

Sektor pertanian di Malaysia boleh dikatakan agak maju pada masa kini dengan wujudnya teknologi-teknologi baru pertanian yang semakin mendapat perhatian umum. Ini termasuklah penggunaan kaedah pengurusan pertanian yang baru, teknologi pertanian yang lebih canggih serta penghasilan baka-baka baru pertanian yang dapat memberi pulangan yang berlipat ganda dalam masa yang lebih pendek.

Walaupun statistik kemalangan industri pada masa kini lebih ketara di sektor perindustrian dan pembuatan berbanding sektor pertanian, aspek keselamatan dan kesihatan di dalam sektor tersebut tidak boleh diabaikan.

Di antara potensi hazad yang wujud di sektor pertanian:

i) Mesin bermotor dan peralatan elektrik pertanian

Penggunaan mesin dan peralatan pertanian yang tidak selamat boleh mengakibatkan:

a) Luka akibat terkena pisau pemotong seperti dari peralatan mesin penuaian

b) Renjatan elektrik atau kecederaan anggota badan akibat pendawaian yang tidak sempurna atau rosak pada peralatan elektrik pertanian.

c) Kecederaan anggota badan seperti jari tersepit di celah-celah pergerakan roda tali sawat atau sistem “gearing” mesin semasa kerja pembaikan mesin sedang dilakukan ataupun terlanggar oleh mesin pertanian yang bergerak.

ii) Bahan kimia pertanian

a) Kecederaan pada mata akibat terkena semburan bahan kimia pertanian yang merbahaya, contohnya racun rumpai.

b) Masalah “skin irritation” akibat semburan bahan kimia pertanian pada kulit. Masalah kulit gatal serta kanser kulit mungkin lebih ketara apabila pekerja telah terdedah kepada bahan tersebut dalam tempoh masa yang lama dan memberi kesan kronik pada pekerja

c) Masalah pernafasan ataupun yang berkaitan akibat kerap terdedah kepada bahan pertanian kimia merbahaya, contohnya menyembur racun serangga perosak di dalam ladang tanpa PPE yang sesuai

iii) Masalah “heat stress”

a) Petani atau pekerja ladang yang terdedah kepada kepanasan matahari yang berterusan mengakibatkan pekerja mungkin pengsan akibat badan kekurangan air serta kawalan suhu dalaman badan yang tidak stabil

iv) Masalah ancaman haiwan merbahaya

a) Keselamatan pekerja di sektor pertanian turut boleh diancam oleh contohnya seperti ancaman patukan ular.

Untuk mengurang serta mengelak masalah tahap hazad di sektor pertanian, berikut adalah cadangan-cadangan langkah kawalan:

i) Pastikan peralatan atau mesin berada pada tahap keselamatan yang tinggi. Ini termasuklah memastikan:

a) Penyelenggaraan mesin dan peralatan elektrik mengikut jadual. (Scheduling maintenance)

b) Jangan menggunakan peralatan elektrik tangan yang tidak selamat. Untuk mesin-mesin pertanian seperti mesin membajak yang telah rosak dan perlu diperbaiki, tanda amaran perlu digantung pada mesin-mesin tersebut untuk mengelakkan dari diguna oleh pengguna lain.

c) Penyelenggaraaan perlu dibuat oleh mereka yang mahir dan bertauliah sahaja. Kadang kala, kemalangan industri boleh berlaku berikutan daripada mereka yang tidak berkelayakan tetapi cuba memperbaiki peralatan yang rosak.

d) Sebelum menggunakan samada peralatan elektrik atau mesin-mesin pertanian seperti jentera membajak atau menuai, cuba memeriksa semula keadaaan mesin tersebut sebelum mengoperasikan mesin. Bantuan “check-list” dapat memudahkan pemeriksaan utama terhadap aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan pada mesin.

ii) Pastikan PPE diguna dan dibekalkan kepada pekerja. Aspek lain yang berkaitan termasuklah:

a) Penggunaan PPE mestilah bersesuaian dengan kerja yang dilakukan. Contohnya penggunaan respirator serta “face shield” yang bersesuaian dengan kerja menyembur racun rumpai.

b) PPE yang diguna mestilah selesa dipakai oleh pekerja dan dapat melindungi pemakainya dari hazad kimia tersebut.

c) Pekerja perlu diajar untuk memakai PPE dengan betul kerana PPE yang tidak dipakai dengan betul boleh merbahayakan kesihatan pekerja. Pekerja turut juga diajar cara-cara penyelenggaraan asas PPE yang betul agar peralatan lindungan diri tersebut boleh bertahan lama. PPE yang sudah rosak perlulah ditukar.

iii) Khususnya untuk peladang atau petani yang lebih kerap bekerja di kawasan pertanian yang panas terik, pengurusan jadual pekerja boleh dipraktikkan.

a) Ini boleh dilakukan dengan pengujudan jadual kerja bergilir (Rotating Work Schedule). Maka, pekerja yang kerap terdedah kepada masalah tempat kerja terik panas boleh diurus dengan lebih berkesan. (Cara ini adalah lebih sesuai untuk majikan yang mengupah tenaga pekerja ladang atau pertanian yang besar)

b) Menyediakan tempat rehat atau pondok yang sesuai untuk pekerja berehat seketika di tempat pertanian. Pihak majikan boleh turut menyediakan minuman air bersih atau pekerja boleh membawa minuman air sendiri untuk menyejukan badan semasa kerja di kawasan pertanian yang panas terik.

c) Topi perlu dipakai di kawasan kerja yang panas terik agak pekerja tidak terdedah terus kepada panas terik yang mendadak dan mangakibatkan masalah “heat stress”

iv) Di samping PPE seperti respirator dan pelindung muka yang sesuai semasa kerja penyemburan racun pertanian, pemakaian “safety boot” atau “rubber boot” yang sesuai dapat mengelak khususnya anggota kaki dari ancaman patukan ular

Kesimpulannya, tidak kira samada sektor perindustrian, pertanian ataupun sektor kerja yang lain, masing-masing mempunyai risiko atau hazad tersendiri yang perlu diambil kira dan dicegah. Pekerja dan majikan perlu sama-sama mengambil inisiatif untuk menjaga aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

MANUAL AMALAN PERTANIAN YANG BAIK (APB)

MANUAL AMALAN PERTANIAN YANG BAIK (APB)
DALAM PELAKSANAAN SKIM AMALAM LADANG BAIK MALAYSIA (SALM)

APA DIA AMALAN LADANG BAIK? (APB)
Amalan Pertanian yang Baik adalah satu sistem pengurusan yang mengamalkan amalan-amalan pertanian yang baik yang dilaksanakan mengikut standard dan undang-undang/peraturan bagi mengawal dan mengurangkan hazard, risiko dan impak terhadap aktiviti pengeluaran pertanian. Sistem pengurusan ini akan dapat meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan makanan dan pemuliharaan alam sekitar. Usaha ini adalah ke arah pembangunan pertanian lestari.

HUBUNGKAIT APB DAN SALM

APB adalah proses pengurusan dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengeluaran ladang, manakala SALM adalah sistem pensijilan bagi memastikan segala peraturan dan standard APB dipatuhi oleh pengusaha.

SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA (SALM)

OBJEKTIF
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) adalah satu skim yang diwujudkan oleh Jabatan Pertanian bagi mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian yang baik, mesra alam sekitar, menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan.

KAEDAH PELAKSANAAN SALM 
Semua pengusaha ladang yang ingin memohon untuk pensijilan SALM dikehendaki mematuhi garis panduan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

A. PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Setiap permohonan akan diberi nombor pendaftaran SALM yang khas untuk ladang itu sahaja. Semua surat-menyurat mengenai ladang tersebut perlu menggunakan nombor pendaftaran ini.

B. KESESUAIAN LADANG DAN PERSEKITARAN
Pemeriksaan ke atas ladang akan dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian selepas ladang tersebut diberi nombor pendaftaran.

B.1 Pemeriksaan Tapak
Pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian akan membuat lawatan ke ladang bagi menilai dan memastikan ladang-ladang mematuhi perkara-perkara berikut:

i. Ladang mesti mempunyai rekod mengenai sejarah penggunaan tanah, pelan lakar kawasan dan jenis tanaman yang ditanam.

ii. Bagi pembukaan kawasan baru, kajian mengenai risiko kawasan perlu dilakukan dengan mengambil kira penggunaan tanah sebelumnya, kesan aktiviti pertanian terhadap tanah dan kawasan sekeliling dan aktiviti yang dijalankan di kawasan sekeliling. Semua maklumat mengenai risiko ini perlu direkod.

iii. Pelan tindakan pembetulan hendaklah disediakan untuk mengurang/mengelak segala risiko yang dikenal pasti.

iv. Ladang diusahakan secara sah, dengan meneliti geran tanah atau surat perjanjian sewa atau lain-lain dokumen bagi membuktikan penggunaan tanah yang sah.

v. Ladang mempunyai laporan kesesuaian tanah, jika tidak Jabatan Pertanian akan menjalankan bancian dengan mengenakan bayaran yang minimum.

vi. Ladang menjalankan amalan pemuliharaan tanah, jika terdapat tanda-tanda hakisan berlaku di kawasan ladang yang akan mencemarkan/mengganggu alam sekitar.

vii. Ladang tidak terdedah kepada pencemaran seperti terletak berdekatan kilang kelapa sawit atau tempat pembuangan sampah dan lain-lain.

viii. Ladang yang diusahakan selepas tahun 2002 tidak terletak diparas melebihi 1,000 meter di atas paras laut (MAPL).

ix. Jika ladang terletak di kawasan bercerun, langkah-langkah pemuliharaan tanah hendaklah dilaksanakan bagi mengelak kejadian tanah runtuh (erosion), silt deposition di kawasan laluan air.

Ladang-ladang yang telah memenuhi syarat-syarat di atas akan disyorkan untuk dijalankan pemeriksaan verifikasi amalan ladang. Jika tidak pihak Jabatan Pertanian akan mengesyorkan langkah-langkah pembaikan/pemuliharaan yang perlu dilaksanakan di ladang tersebut.

B.2 Amalan Ladang
Verifikasi Amalan Ladang akan dibuat dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek utama seperti berikut:

i. Penyimpanan Rekod Ladang

ii. Penggunaan Bahan Tanaman

iii. Pengurusan Tanah/Substrate

iv. Pengurusan Pembajaan

v. Pengairan dan Fertigasi

vi. Pengurusan Perosak Tanaman

vii. Penyimpan Input Pertanian

viii. Amalan Kultura

ix. Penuaian Hasil

x. Pengendalian Pascatuai

xi. Pengurusan Bahan Buangan/Sisa Ladang

xii. Keselamatan dan Kebajikan Pekerja

Pemeriksaan dijalankan melalui kaedah menemubual tuan punya ladang atau wakil, menyemak rekod ladang serta kaedah pemerhatian atau pemeriksaan premis tertentu di ladang.

Penyimpanan Rekod Ladang

Pengusaha dikehendaki menyimpan ke semua rekod-rekod seperti berikut:

a. Rekod pembelian input seperti baja, penggalak tumbuhan, substrates, soil conditioner, bahan tanaman, racun makhluk perosak, peralatan ladang dan jentera ladang.

b. Rekod penggunaan baja, penggalak tumbuhan, soil conditioner, rawatan/fumigasi tanah atau media/substrate, bahan tanaman, racun makhluk perosak dan air untuk sistem pengairan dan fertigasi.

c. Rekod amalan kultura dan rekod pengawasan perosak yang dilakukan.

d. Rekod hasil dari segi pengeluaran, penggredan, penjualan, serta rawatan hasil yang dijalankan.

e. Rekod pembuangan sisa ladang/ kitar semula sisa ladang.

f. Rekod latihan pekerja.

g. Rekod mengenai pekerja ladang.

Rekod-rekod ini hendaklah diisi di dalam buku Rekod Ladang dan sentiasa dikemas kini.

ii. Penggunaan Bahan Tanaman

a. Mengguna bahan tanaman dari varieti yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian atau agensi kerajaan yang lain. Varieti atau klon mesti terdapat dalam senarai klon atau varieti tanaman buah-buahan dan sayuran yang disyorkan.

b. Mengguna bahan tanaman yang bebas penyakit. Pokok penanti yang digunakan yang tahan penyakit terutama bagi tanaman limau.

c. Penggunaan bahan tanaman dari jenis GMO (genetically modified organism) perlu dielakkan.

iii. Pengurusan Tanah dan Substrat

a. Tentukan jenis media atau substrat yang digunakan di ladang. Digalakkan menggunakan substrate dari jenis organik seperti cocopeat, tandan kelapa sawit, sekam padi dan lain-lain dalam pengurusan tanaman.

b. Tentukan jenis rawatan yang dilakukan terhadap media/substrate dan jenis kimia yang digunakan.

c. Jika menggunakan teknik-teknik lain penanaman seperti fertigasi, aeroponik dan sebagainya, tentukan bagaimana media tanaman atau larutan yang gunakan dibuang.

iv. Pengurusan Pembajaan

a. Dilarang menggunakan baja daripada najis manusia dan khinzir untuk pembajaan.

b Rekodkan penggunaan baja, bahan penggalak tumbuhan dan soil conditioner jika menggunakannya.

c. Menggunakan baja mengikut jenis dan kadar yang disyorkan mengikut keperluan t anaman dan memastikan sumber baja tersebut.

d. Jika menggunakan baja jenis organik, sumber bahan tersebut hendaklah dipastikan dan
hendaklah disimpan di tempat yang tidak akan menyebabkan berlakunya pencemaran.

e. Analisis kandungan nutrien dan logam berat di dalam baja organik hendaklah dilakukan sebelum digunakan. Sumber baja organik yang digunakan hendaklah direkod.

f. Mesin dan peralatan yang digunakan untuk menyembur/menabur baja hendaklah berada dalam keadaan baik.

v. Pengairan dan Fertigasi

a. Penggunaan air untuk tujuan pengairan dan fertigasi hendaklah bergantung kepada keperluan dan menggunakan sistem yang sesuai.

b. Penggunaan air daripada loji yang tidak dirawat (untreated sewage water) tidak dibenarkan.

c. Bekalan air hendaklah dari sumber yang berkekalan dan bersih dan hendaklah dibuat analisis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengelakkan pencemaran.

vi. Pengurusan Perosak Tanaman

Penggunaan racun kimia bagi kawalan perosak tanaman hendaklah dikurangkan, jika racun makhluk perosak perlu digunakan syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:

a. Menggunakan racun makhluk perosak yang berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).

b. Menggunakan racun makhluk perosak (serangga, kulat dan rumpai) yang disyorkan untuk tanaman yang berkenaan yang terdapat pada label.

c. Menggunakan racun mengikuti kadar yang disyorkan seperti yang ditulis pada label. Kadar yang betul untuk digunakan mengikut label boleh dibuat dengan membuat pengiraan yang tepat.

d. Mengikuti sepenuhnya bilangan semburan maksimum yang disyorkan dan tempoh selamat memetik hasil (PHI) pada label.

e. Penggunaan jenis racun yang sama untuk mengawal perosak hendaklah dielakkan bagi mengelakkan perosak menjadi rintang.

f. Mengamalkan pengurusan perosak bersepadu (IPM) dengan mengamalkan dua atau lebih kaedah kawalan perosak seperti kawalan kimia, kawalan biologi, kawalan kultura, kawalan mekanikal dan kawalan fizikal. Antara kaedah IPM yang boleh digunakan ialah penggunaan perangkap lampu, perangkap feromon, tanaman perangkap, ‘repellent plant’, membalut buah dan mengumpul hasil yang rosak.

g. Pekerja ladang hendaklah memakai pakaian keselamatan yang sempurna semasa menyembur racun seperti penutup muka, penutup mulut, sarung tangan, seluar panjang, baju berlengan panjang, kasut but dan topi. Peralatan ini hendaklah dibersihkan selepas diguna dan disimpan berasingan dari tempat simpanan racun makhluk perosak.

h. Pekerja yang menggunakan racun makhluk perosak hendaklah dilatih mengenai penggunaan dan pengendalian racun makhluk perosak secara selamat.

i. Kawasan yang baru diracun hendaklah ditanda dengan jelas.

j. Peralatan yang digunakan untuk penyemburan hendaklah bersesuaian dengan tanaman dan sentiasa berada dalam keadaan baik.

k. Bancuhan racun yang berlebihan selepas penyemburan dan air bilasan tangki penyembur racun hendaklah diguna untuk penyemburan di kawasan tanah lapang atau di kawasan tanaman yang belum disembur.

l. Botol-botol racun kosong tidak boleh diguna semula dan cara pelupusan hendaklah dengan cara yang tidak membahayakan manusia dan alam sekitar. Pusat pengumpulan dan pelupusan yang telah dikenal pasti digunakan jika ada.

m. Bekas racun yang telah diguna perlu dibilas sebanyak tiga kali atau ‘triple rinsing’. Kaedah ‘triple rinsing’ dilakukan dengan memasukkan air ke dalam bekas racun dan menggoncangkan bekas tersebut dan air bancuhan dimasukkan semula ke dalam tong semburan racun. Proses ini diulang sebanyak tiga kali dan bekas racun tersebut jika bekas plastik hendaklah dibocorkan.

n. Bekas-bekas kosong perlu disimpan di tempat selamat sehingga ianya dilupuskan. Pelupusan hendaklah mengikut Akta Racun Makhluk Perosak atau peraturan-peraturan lain sedia ada.

o. Racun makhluk perosak yang telah luput dan tidak boleh digunakan lagi hendaklah dilupus melalui kontraktor yang berlesen atau saluran yang dibenarkan.

vii. Penyimpanan Input Pertanian

a. Tempat penyimpanan baja dan racun makhluk perosak hendaklah berasingan jika tidak, sekatan perlu disediakan untuk mengasingkan kedua-kedua bahan tersebut dan dilabel dengan jelas.

b. Tempat penyimpanan racun makhluk perosak yang sempurna perlu disediakan. Tempat tersebut hendaklah berasingan, berkunci, mempunyai tanda merbahaya di pintu masuk, mempunyai cahaya dan pengudaraan yang cukup dan menyediakan baldi yang berisi pasir bagi merawat tumpahan racun perosak jika berlaku tumpahan. Rak-rak hendaklah menggunakan bahan yang tidak menyerap (non absorbent material).

c. Tempat penyimpanan baja mestilah berbumbung, bersih, kering dan tidak mendatangkan risiko kepada punca air. Tempat penyimpanan baja boleh digunakan juga untuk menyimpan peralatan ladang.

d. Tempat penyimpanan baja dan racun makhluk perosak tidak boleh digunakan untuk menyimpan hasil dan bahan tanaman lain.

e. Kunci untuk tempat penyimpanan racun hendaklah dipegang oleh pekerja/individu yang terlatih untuk mengendalikan racun makhluk perosak.

f. Prosedur yang jelas hendaklah disediakan jika berlaku kemalangan atau kecemasan, seperti pondok telefon terdekat dan nombor telefon pegawai yang perlu dihubungi.

g. Inventori racun makhluk perosak di tempat simpanan hendaklah dikemaskini.

h. Racun hendaklah disimpan di dalam bekas asal. Racun dan bahan kimia yang didaftar untuk tanaman yang diusahakan sahaja dibenar disimpan di ladang tersebut.

i. Racun jenis debu powder hendaklah simpan di rak di tingkat atas racun jenis cecair.

viii. Amalan Kultura
Amalan kultura yang dijalankan hendaklah bersesuaian dengan tanaman yang diusahakan bermula dari peringkat menanam sehingga memungut hasil. Pertumbuhan tanaman hendaklah sentiasa subur dan tidak menunjukkan kekurangan unsur-unsur nutrien dan serangan penyakit. Amalan kultura bagi meningkatkan kesuburan dan kualiti hasil seperti membuat sungkupan, cantasan, membalut buah dan lain-lain perlu direkodkan.

x. Penuaian Hasil

a. Prosedur kebersihan mengenai pengendalian hasil perlu disediakan untuk mengelakkan berlakunya kontaminasi fizikal, mikrobial atau kontaminasi kimia.

b. Setiap pekerja perlu diberi latihan mengenai kebersihan asas dan aspek keselamatan makanan sebelum mengendalikan hasil.

c. Pekerja dikehendaki memaklumkan kepada pihak pengurusan jika mereka jatuh sakit atau dijangkiti penyakit berjangkit yang menyebabkan mereka tidak sihat dan tidak sesuai untuk bekerja.

d. Pekerja hendaklah disediakan dengan kemudahan tandas dan air bersih untuk mencuci tangan di kawasan bekerja.

e. Perlu mempunyai sistem penuaian hasil yang baik. Sistem penuaian mestilah mengikut Indeks kematangan yang bersesuaian dengan tanaman. Hasil yang dipungut hendaklah diisi di dalam bekas yang sesuai, cara pengangkutan di ladang bersesuaian serta ada pusat pengumpulan dan sistem penggredan yang baik.

f. Perlu mempunyai sistem rawatan lepas tuai yang baik, mempunyai tempat khas untuk membersih dan merawat hasil. Jika hasil dibasuh, tempat khas untuk pengeringan hendaklah disediakan. Jika rawatan buah dijalankan, hendaklah menggunakan kaedah rawatan yang dibenarkan.

g. Perlu mengamalkan penggredan hasil yang baik. Membuat penggredan di ladang dan mematuhi hygiene condition di mana menggunakan tempat yang bersih, peralatan yang
bersih dan tempat membasuh tangan yang bersih. Antara standard penggredan yang boleh digunakan ialah Malaysian Standard (MS) dan Standard FAMA.

h. Bekas/kotak (packaging material) hendaklah disimpan di tempat yang bersih bagi mengelak kontaminasi fizikal dan kimia dan terkawal dari serangan tikus, burung dan haiwan lain.

i. Jika hasil dibungkus di ladang, jangan tinggalkan hasil tersebut di ladang untuk semalaman bagi mengelakkan pencemaran.

j. Bekas-bekas/bakul yang diguna semula untuk pungutan hasil hendaklah dibersihkan dari masa ke masa.

Pengendalian Pasca tuai

a. Penggunaan bahan kimia untuk rawatan hasil jika boleh hendaklah dielakkan. Jika perlu digunakan hendaklah mengikut arahan dilabel dan mematuhi Akta Makanan dan Akta Racun Makhluk Perosak.

b. Untuk hasil yang akan dieksport, penggunaan bahan kimia hendaklah mematuhi undang-undang negara pengimport.

c. Rekod mengenai rawatan hasil hendaklah disimpan.

d. Air bersih hendaklah digunakan untuk rawatan hasil. Sumber air yang digunakan perlu dibuat analisis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan ia bersih.

xi. Pengurusan Bahan Buangan/Sisa Ladang

Mengamalkan cara pengurusan pembuangan sisa ladang yang baik. Sisa tanaman (crop residue) digalakkan untuk digunakan semula atau dijadikan kompos. Bagi bekas racun, media tanaman seperti rockwool, polybeg, bekas baja dan lain-lain perlu dikitar semula, digunakan semula atau ditanam. Bekas racun boleh dibersihkan melalui kaedah bilas tiga kali (triple rinsing) sebelum dikitar semula.

xii. Keselamatan dan Kebajikan Pekerja

a. Hendaklah menggaji pekerja yang sah iaitu mempunyai permit/pasport yang sah bagi pekerja asing.

b. Pekerja yang diupah mestilah berumur lebih daripada 16 tahun.

c. Kemudahan asas seperti tandas, bekalan air bersih, tempat membasuh tangan yang sesuai, sabun, tempat mandi, tempat berehat, first aid box dan alat pemadam api mesti disediakan kepada pekerja. Jika pekerja disediakan tempat tinggal di kawasan ladang, tempat itu hendaklah berasingan dengan stor simpanan input terutamanya racun makhluk perosak.

d. Latihan perlu diberi kepada pekerja ladang mengenai mengendalikan peralatan dan mesin/jentera ladang, serta mengenai kebersihan dan pengendalian hasil yang betul. Semua rekod latihan perlu disimpan.

e. Prosedur jika berlaku kecemasan dan kemalangan perlu disediakan dan dipamerkan di tempat kerja.

f. Pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan mengikut peraturan kerajaan bagi pekerja yang mengendalikan racun makhluk perosak.

C. Analisis Sampel Hasil dan Air

a. Sampel hasil ladang yang telah sedia untuk dijual akan diambil untuk dibuat analisis bagi menentukan kandungan sisa baki racun makhluk perosak, logam berat dan kontaminasi mikrobial. Sampel ini akan diambil sebanyak tiga kali mengikut protokol yang telah ditetapkan.

b. Sampel air yang digunakan untuk pengairan akan juga diambil untuk dibuat analisis bagi menentukan kandungan sisabaki racun makhluk perosak dan logam berat. Sampel ini akan diambil sekali sahaja.

c. Analisis hasil dan air hendaklah menunjukkan bahawa kandungan sisa baki racun makhluk perosak dan logam berat adalah di bawah paras yang dibenarkan mengikut Akta Makanan 1983.

Syarat Pensijilan

Rujuk kepada ‘Malaysian Farm Certification Scheme For Good Agricultural Practice (SALM) Standard’Di dalam panduan Standard SALM, terdapat 29 elemen/syarat yang dikategorikan sebagai syarat wajib utama (major must), 77 wajib bukan utama (minor must) dan 57 syarat di bawah kategori digalakkan (encouraged).

Syarat Wajib Utama ialah Syarat yang mesti dipatuhi, jika tidak, menyebabkan impak yang serius kepada alam sekitar, keselamatan makanan dan kebajikan pekerja.

Syarat Wajib Bukan Utama ialah Syarat yang mesti dipatuhi, tapi impaknya tidak begitu serius.

Syarat Digalakkan ialah Syarat yang tidak diwajibkan tetapi adalah disyorkan dalam standard.

Dua peringkat pensijilan akan diperkenalkan iaitu:

Peringkat 1: Ladang-ladang telah mematuhi kesemua syarat wajib utama.
Pada peringkat ini ladang akan diberi surat perakuan.

Peringkat 2: Ladang mematuhi kesemua syarat wajib utama dan 95% syarat wajib
bukan utama dan 50% syarat yang digalakkan

Ladang yang telah mencapai peringkat ini akan dianugerahkan Sijil dan layak menggunakan logo SALM.Ladang yang telah diberi pensijilan SALM boleh menggunakan logo SALM. Pensijilan adalah sah untuk tempoh dua tahun dan pembaharuan pensijilan akan dikeluarkan jika ladang dapat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Pensijilan juga boleh ditarik balik dalam tempoh sah laku jika dalam tempoh itu ladang didapati gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

Rekod Aduan
Semua aduan mengenai hasil yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan dan prosedur mengatasi masalah tersebut hendaklah direkodkan.

sumber dipetik daripada:
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

BUKU MANUAL PELAN TINDAKAN !!

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia!!!

Makluman kepada semua pegawai dan kakitangan PPBK Lembaga Koko Malaysia. PihaK jawatankuasa telah mengedarkan dua buah buku manual pelan tindakan iaitu:
1: Pengurusan Keselamatan kebakaran
2: Pengurusan Keselamatan Sisa Makmal

Kedua dua buah buku ini merupakan terbitan edisi pertama yang mana disediakan oleh pihak jawatankuasa untuk rujukan kita semua. Semua pegawai dan kakitangan di Pusat ini diwajibkan memiliki buku ini. Kepada sesiapa yang belum menerima kedua buah buku ini silalah berjumpa dengan pihak jawatankuasa untuk proses pengambilan.

sekian

~Menjaga Keselamatan Tanjjungjawab Bersama~

BUKU AKTA KESELAMATAN!!!

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia!!

Pihak jawatankuasa telah menerima 3 buah buku yang berkaitan dengan akta keselamatan iaitu:

1: Akta Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan 1994 (akta 514)

2: Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (akta 672)

3: Akta Kualiti Alama Sekeliling 1974 (akta 127)

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak perpustakaan telah diamanahkan untuk menyimpan buku ini. Kepada sesiapa yang ingin meminjam atau membuat salinan buku-buku ini diminta berjumpa dengan pihak perpustakaan.

Sekian

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

BENGKEL KESELAMATAN 2011

Bengkel keselamatan 2011 ini telah diadakan bertujuan untuk memberikan sedikit panduan dan pengetahuan kepada para peserta yang terlibat berkenaan keselamatan..Pelbagai aspek keselamatan telah diperkatakan selama bengkel ini berlangsung..semoga apa yang telah diadakan ini bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh peserta yang terlibat dalam menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan rakan sekerja.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

TAKLIMAT KESELAMATAN 2010

Taklimat keselamatan 2010 ini telah diadakan bertujuan memberikan pengetahuan akan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan oleh pelajar latihan industri yang ditempatkan di PPBK LKM..Taklimat ini merangkumi keselamatan ketika dalam bengunan PPBK LKM, ketika berada dalam makmal, pengendalian bahan-bahan kimia, ketika berada di ladang dan semua aspek keselamatan.Taklimat telah diberikan oleh para pegawai dan kakitangan PPBK LKM..Diharapkan apa yang telah diperkatakan dan diberikan telah dimanfaatkan dan telah dipraktikkan dalam kehidupan seharian bukan sahaja ketika berada di PPBK LKM malah ketika berada d mana juga.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~